Rata-rata sekarang ni banyak perfume yang terdapat di pasaran. Daripada harga yang semahal-mahalnya sehingga lah harga yang semurah-murahnya. Banyak usahawan minyak wangi yang muncul dengan menjual minyak wangi keluaran masing-masing.

Perkara ini adalah tidak salah sama sekali. Tapi, apa yang salah dan menakutkan adalah PENGGUNAAN LARUTAN METHANOL DALAM CAMPURAN PERFUME

Untuk pengetahuan korang, perfume memerlukan campuran bahan pelarut untuk menjadikan wangian tersebut sempurna. Minyak wangi yang terhasil adalah campuran bahan mentah, pelarut (solvent), dan bahan tambahan (additive/fixative).

Namun, hakikat pembikinan minyak wangi untuk setiap pengeluar itu berkemungkinan besar tidak sama kerana bahan-bahan campuran yang terkandung dalam minyak wangi mereka tidak diketahui kesahihan dan keselamatannya kepada pengguna.

Untuk pengetahuan, ada antara pengeluar minyak wangi yang tidak menitikberatkan bahan-bahan campuran dalam campuran. Mereka menggunakan METHANOL sebagai bahan campuran kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding bahan pelarut lain. METHANOL adalah dilarang sama sekali untuk penghasilan perfume kerana :

METHANOL amat bahaya kerana :

  • boleh menyebabkan buta sekiranya terkena tepat pada mata
  • boleh menyebabkan radang pada kulit dan kemerahan
  • boleh menyebabkan penglihatan kabur
  • pening, sakit kepala dan loya
  • boleh menyebabkan kanser dan kematian.

 

Memang benar untuk menghasilkan produk wangian, campuran bahan pelarut diperlukan untuk membuatkan campuran tersebut lebih sedap atau lebih ‘kick’. Namun, hanya penggunaan ETHANOL yang dibenarkan dan penggunaannya mestilah mengikut kadar kepekatan dan sukatan campuran yang betul.

Jadi, beringatlah. Campuran ETHANOL yang dibenarkan dalam campuran dan bukan METHANOL. Pastikan wangian korang tu bukan daripada campuran yang boleh membawa MAUT. Pada pendapat saya, korang kenalah hati-hati bila beli perfume tu, better korang beli yang ada jenama dipasaran dan lihat packaging yang betul dan bila anda dah trust barulah anda membeli.