Bagi sesetengah individu, mereka tidak kisah sekiranya membelanjakan duit yang banyak terhadap sesuatu produk bagi kepuasan sendiri namun ada juga individu yang lebih memilih kepada harga yang lebih murah asalkan boleh digunakan. Hari ini Min ingin berkongsi sebab-sebab utama mengapa minyak wangi atau kebanyakkan produk dijual pada harga yang mahal. Anda mungkin tertanya juga sebab utamanya kan?

 

Semua ada rahsia sendiri

Anda mungkin akan fikir faktor Jenama yang menjadi punca kepada harga minyak wangi menjadi mahal. Semestinya itu betul dan tidak salah namun mesti ada sesuatu yang menarik untuk menjadikan jenama itu terkenal. Bahan rahsia adalah faktor utama yang digunakan dalam menjadikan minyak wangi itu unik Sesetengah minyak wangi murah berbanding yang lain adalah disebabkan  bahan yang diperolehi biasa dan mudah dicari.

Minyak wangi natural lebih mahal kerana bahan perlulah dari bahan yang elok dan tidak buruk serta perlu melalui proses yang lebih lama untuk menghasilkan minyak wangi. Seperti yang anda tahu minyak wangi mempunyai tiga note iaitu not atas, not tengah dan not base. Selalunya, mudah untuk kekalkan not atas dan tengah namun susah untuk kekalkan not base di mana ia adalah kunci kepada ketahanan minyak wangi dan ini adalah  rahsia yang disimpan oleh jenama terkenal minyak wangi. Mahu pun minyak wangi yang murah mempunyai not base namun baunya mungkin tidak sesedap minyak wangi yang mahal.

Justin Bieber atau Brad Pitt

Pemasaran  juga merupakan kunci utama kepada penjenaman sesuatu produk. Kos pemasaran adalah yang paling tinggi digunakan selepas kos produksi.  Jenama terkemuka membelanjakan berjuta-juta dalam pemasaran dan pengiklanan. Perbelanjaan kepada duta dan juru cakap perlukan belanja yang besar kerana semakin terkenal duta seseorang semakin banyak perlu dilaburkan. Saluran-saluran pemasaran juga seperti television, radio atau akbar merupakan medium yang klasik dan masih mendapat sambutan yang tinggi serta memerlukan kos yang mahal, dan pada zaman teknologi ini terlalu banyak medium lain yang boleh digunakan  seperti risalah, catalog, iklan melalui aplikasi sosial dan sebagainya.

Pengiklanan yang paling mahal pernah di buat adalah iklan untuk minyak wangi iaitu iklan Chanel No 5 di mana perbelanjaan sebanyak 33 juta USD bersamaan 1 Billion MYR dibelanjakan. Banyak kan? Dan iklan itu hanya untuk 2 minit sahaja. Persoalannya adakah ianya berbaloi? Pada tahun itu, jualan Chanel No 5 mencatatkan 55% lebih tinggi dan minyak wangi terjual setiap 30 saat di seluruh dunia. Sehingga hari ini iklan itu masih di ingati oleh orang ramai.

Cantik atau tahan lasak?

Pakar minyak wangi tahu salah satu aspek pembungkusan yang menarik dan menonjol yang menjadi tarikan pelanggan dan ini boleh menelan kos yang tinggi. Sebagai contoh, beberapa jenama minyak wangi yang paling mahal di dunia menggunakan Baccarat Crystal sebagai botol minyak wangi. Baccarat adalah sebuah syarikat Perancis yang mencipta dan menjual botol kristal terbaik pada abad ini. Sesetengah minyak wangi menggunakan berlian dan emas pada botol dan itu membuatkan harga minyak wangi itu melonjak tinggi dan hanya mampu di beli oleh golongan kaya dan hartawan.

 

Namun persoalannya, minyak wangi yang dibeli adakah bersarakan bahan, pemasaran ataupun pembungkusan minyak wangi tersebut? Tapi bagi Min yang penting adalah base not yang ada pada perfume, di mana itulah kunci kepada rahsia kualiti minyak wangi terbaik.