Setiap perfume mempunyai keunikan tersendiri yang dapat menarik perhatian individu sekeliling. Antara kepentingan lain perfume adalah ia bertindak sebagai ‘feromon’ buatan yang mampu mendorong aktiviti pada pasangan, seperti rangsangan seksual.
Mereka yang rapat dengan anda akan mengenali jenis haruman yang selalu anda kenakan. Jadi, pemilihan wangian yang baik dan betul akan membuatkan pasangan anda berasa senang dan mengingati wangian tersebut walau di mana mereka berada.
Beberapa jenis wangian telah dikenalpasti dapat menarik minat wanita (pasangan) terhadap anda. Jenis wangian yang tidak terlalu menusuk, maskulin dan santai mampu mendebarkan pasangan apabila anda mendekati.
Kami telah mengkaji beberapa jenis wangian lelaki yang disukai dan mampu memikat wanita. Dan hasil daripada kajian mendapati jenis wangian yang :
- “Cool and Fresh”
Aroma santai dan segar digemari wanita. Mereka akan merasa selesa dan senang apabila didekati. Haruman yang bercampur not ‘bergamot’, nenas, lavender dan ‘sandalwood’ seperti “Rovigo” yang segar buatkan mereka mahu memeluk anda. Semburan awal membangkitkan aroma segar dengan campuran sedikit bauan epal dan bungaan mawar, namun masih segar.
Selain itu, haruman campuran not ‘bergamot’, ‘tangerine’, ‘sea breeze accord’, ‘rosewood’ dan ‘tonka’ seperti “Ferro Bleu” juga dikategorikan dalam wangian “cool and fresh”. Semburan awal yang segar menghasilkan manis ‘citrus’ dan ianya tidak terlalu menusuk. Bauan yang santai, segar seperti ini mampu menarik wanita untuk mendekati.
Walaupun bauan seperti ini dikatakan umum pada awam, namun ianya masih mengasyikkan dan disukai ramai. Lazimnya, bauan seperti ini sesuai digunakan semasa cuaca panas dan dipakai oleh mereka yang aktif bersukan. Sesuai untuk mereka yang berumur lingkungan 20 ke 25 tahun.
- “Soft but Manly”
Bauan lelaki maskulin. Majoriti lelaki dan wanita menggemari wangian seperti ini. Wangian lelaki memukau “1000th Man” mengeluarkan aroma campuran ‘grapefruit’, ‘mint’, oren, ‘amber’ dan ‘white woods’.
“1000th Man” memberikan aroma segar, mesra dan menggoda kerana ia seakan memukau sesiapa yang menghidunya terutamanya pasangan. Baunya tidaklah terlalu keras dan ‘layan’. Sesuai untuk mereka yang berumur antara 25 ke 35 tahun.
- “Woody and Masculine”
Bauan lelaki matang yang elegan. Bauan ini unik dan mempunyai aura tersendiri. Wangian “Suavier” bercampur not ‘bergamot’, ‘minty’, ‘peppery’ dan ‘cedarwood’. Wanita menghidu wangian ini sebagai wangian lelaki kaya, kacak dan kasanova.
Semburan awal adalah segar dan kuat dan digantikan dengan bauan kayu ‘cedarwood’ yang sedap. Ia berbau mahal dan pastinya anda akan mendapat perhatian. Sesuai untuk mereka yang inginkan tonjolkan personaliti dan aura.
Recent Comments